bekamkhadijah@gmail.com
BEKAM UNTUK MASALAH GOUT

BEKAM UNTUK MASALAH GOUT

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan.
Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
• Serangan akut (tiba-tiba).
• Serangan kronik yang berpanjangan.
Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout ini tadi kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. Perlu diingat bahawa ketika kaki yang sakit membengkak itu sangat sakit apabila disentuh apatah lagi untuk dibekam. Mahu menjerit rasanya jika kawasan yang bengkak itu ditusuk jarum bekam. Perlu menunggu beberapa hari sehingga bengkak itu surut. Apabila sudah surut, kawasan tempat gout itu akan segera dibekam.
Kebiasaannya pesakit gout tersebut akan sembuh setelah 2-3 kali rawatan. Insya’Allah …. Jadi sesiapa yang ada penyakit gout tu cepat-cepatlah pergi berbekam. Jangan di biarkan lama-lama nanti akan memudaratkan diri sampai tak boleh bangun pun ada, kerana bisa-bisa sendi…wallahua’lam
Facebook Comments

Leave a Reply

Close Menu
WhatsApp chat