bekamkhadijah@gmail.com
APA ITU BEKAM?

APA ITU BEKAM?

Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya (sepupu) sering mengadu sakit kepala dan sakit di bahagian muka iaitu di pelipis dan pipi. Sakit yang dirasakan berdenyut-denyut dan kadang kala membuat hidung beliau tersumbat hinggakan mengganggu aktiviti seharian beliau. Selepas pemeriksaan di sebuah klinik, doktor menjelaskan yang beliau mengalami masalah resdung dan mencadangkan rawatan secara pengambilan ubat-ubatan terdiri dari antibiotic, ubat alahan serta pengambilan nasal spray.

Setelah mengambil ubat-ubatan selama 2 bulan akhirnya sepupu saya ingin mencuba kaedah bekam sepertimana yang disarankan oleh seorang pengamal perubatan tradisional. Pada mulanya kami berdua agak skeptical memandangkan pandangan peribadi seorang doktor yang kami kenali tidak begitu menggalakkan prosedur ini dilakukan kerana menurut doktor tersebut belum ada bukti yang jelas penyakit resdung boleh diubati dengan berbekam.

Namun begitu, sepupu saya tetap meneruskan hasrat beliau dan setakat ini, beliau telah melalui 4 kali rawatan dan secara zahirnya memang terdapat perubahan di mana kekerapan sakit kepala semakin berkurangan dan jerawat batu di muka juga semakin tiada. Beliau juga dapat bernafas lebih selesa dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.

Adakah bekam benar-benar membantu di dalam proses penyembuhan ini atau pun ianya hanyalah satu kaedah perubatan tradisional yang mengandungi amalan serta pantang larang yang bertindak mengurangkan kesan penyakit? Mari kita kenali apa itu BEKAM.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

 

Jenis-jenis Bekam
BEKAM KERINGBEKAM BASAHBEKAM API
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih. Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali
Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit

Iqbal, 7th Januari 2016, http://isn.gov.my/apa-itu-bekam/

Facebook Comments

Leave a Reply

Close Menu
WhatsApp chat